Saban
hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat
di negara kita. Tahukan anda bahawa penggunaan internet di negara kita ibarat cendawan tumbuh selepas hujan
kerana pertambahan penggunaannya amat ketara sama ada di kawasan bandar
mahu pun di kawasan luar bandar. Penggunaan internet juga bertambah
dalam kalangan rakyat di negara kita disebabkan wujudnya rangkaian
jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, My Space dan Tagged dalam
internet yang semakin meluas. Bahkan, negara kita tersenarai dalam
sepuluh negara yang paling banyak menggunakan jaringan sosial iaitu
Facebook. Sedar atau tidak, penggunaan internet juga telah sampai di
segenap desa apatah lagi selepas wujudnya teknologi ‘3G’ dan "4G". Apa yang
pasti, kajian telah menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh buah rumah
di negara kita menggunakan kemudahan internet untuk pelbagai tujuan. Jadi,
sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai manfaat dapat diperoleh
daripada kemudahan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat sekaligus mengubah
ajakan paradigma masyarakat dalam era teknologi maklumat kini kerana maklumat berada di hujung jari.
Mari kita melebarkan lensa perbincangan dengan mengupas kebaikan
penggunaan internet dalam kalangan masyarakat kini. Pertama kita gunakan
minda pelajar kelas pertama dalam memperinci tajuk perbincangan pertama
dengan kata kunci internet bermanfaat untuk mencari dan mengumpul
maklumat dalam masa yang singkat.
Hal ini kerana dalam era globalisasi ini segala maklumat sama ada
formal atau tidak formal telah dimuat naik dalam rangkaian internet oleh
pelbagai pihak dengan cepat sehingga mengalahkan media cetak seperti
surat khabar. Dalam soal ini, pengguna hanya perlu
menaip sahaja maklumat yang dikehendaki dalam carian enjin google atau
yahoo dan segala maklumat yang diperlukan akan tertera di skrin
komputer. Malah, setiap maklumat yang kita perlu dapat kita peroleh
menggunakan pelbagai sumber yang boleh dipercayai keesahannya. Sebagai
contoh, jika kita ingin mencari maklumat berkenaan berita terkini di
akhbar, kita akan memperoleh banyak maklumat kerana hampir semua akhbar
telah dibuka atas talian seperti Utusan Malaysia Online, Berita Harian
Online, Malaysia Kini dan News Strait Times. Malahan, pelajar juga boleh
mendapat maklumat mengenai berita terkini berlaku di dunia kerana
dengan internet kerana dunia ibarat tanpa sempadan. Perkara ini secara
tidak langsung memudahkan kita mengumpul maklumat daripada pelbagai
sumber dan kita juga akan memperoleh berita terbaru kerana dalam media
mungkin berita berkenaan masih belum disiarkan. Contohnya,
kita akan mengetahui peristiwa seperti bencana tsunami yang pernah
berlaku di Acheh dan Jepun, serangan Israel ke atas negara kecil iaitu
di Palestin. Justeru,
pada zaman milineum ini bergantung kepada seseorang pelajar untuk
mencari maklumat dan sekiranya mereka malas berbuat demikian mereka
boleh diibarat seperti katak di bawah tempurung. Oleh itu, kita dapat
membuat kesimpulan bahawa mencari maklumat akan menjadi lebih mudah
dengan menggunakan kemudahan internet.
Seterusnya
mari kita memperinci perbincangan selanjutnya dengan kata kunci
penggunaan jalur lebar dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian
seperti membayar bil dan urusan perbankan Kini, kehidupan masyarakat
kita terutama mereka yang tinggal di bandar sangat sibuk dek tekanan
tempat kerja dan kesesakan lalu lintas sebelum serta selepas pulang dari
pejabat. Jadi, kesuntukan masa yang dialami ini
amat menyusahkan apabila mereka hendak menguruskan hal-hal berkaitan
rumah tangga dan pembayaran pelbagai bil. Oleh sebab itu, masyarakat di
bandar sering mengalami tekanan kehidupan atau stress yang membelenggu
kehidupan mereka seharian. Justeru, masyarakat milenium mereka perlu
sedar akan kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai agensi sama ada
agensi kerajaan mahupun swasta dalam meringankan bebanan dan masa. Bak
kata pepatah, masa itu emas, sekiranya kita tidak memotongnya masa akan
memotong kita. Oelh sebab itu satu cara untuk menyelesaikan masal
pembayaran bil dalam kehidupan seharian adalah dengan
penggunaan internet. Justeru, pembayaran bil dan urusan perbankan boleh
dilakukan pada bila-bila masa sama ada sambil minum kopi dan berbual
bersama-sama
ahli keluarga di rumah, atau dipejabat. Perkara ini dapat
dibuktikan apabila banyak bank seperti Maybank, CIMB Bank, Agro Bank dan
RHB Bank menyediakan perniagaan secara ‘online’ di internet kepada para
pelanggan untuk memindahkan wang ke dalam akaun lain dan menyimpan wang
secara ‘online’, begitu juga dengan pembayaran bil kad
kredit. Pembayaran
bil elektrik, bil air dan bil telefon juga dapat dibayar dengan
penggunaan internet di rumah melalui laman web kerajaan iaitu myeg.com.
Pendek kata, kita dapat menguruskan pembayaran bil dan urusan perbankan
di rumah melalui internet sekaligus menjimatkan masa kita.
Di
samping itu, manfaat penggunaan internet di rumah dapat memudahkan kita
berkomunikasi di antara jarak jauh dan dekat malah merentasi lautan
seantero dunia. Hal ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang
disediakan di internet untuk tujuan komunikasi. Malah, syarikat gergasi
telekomunikasi berlumba-lumba membuka laman web
mereka untuk memudahkan pengguna berkomunikasi di internet.
Berkomunikasi di internet bukan sahaja melibatkan suara orang yang
dihubungi malah kita dapat bersua muka dan melihat wajah kenalan atau
individu yang baru kita kenali dengan hanya duduk di kerusi dan mengadap
komputer serta tangan bermain dengan tetikus melalui beberapa klik.
Perkara ini amat memberi kebaikan kepada ahli keluarga yang jauh
meninggalkan keluarga untuk bekerja dan belajar di luar negara seperti
di Asia Barat dan Eropah. Oleh sebab itu dengan penggunaan internet
hubungan ahli keluarga yang jauh dapat dipererat dengan menggunakan
internet. Mereka hanya perlu
mengakses aplikasi ‘yahoo mesengger’ untuk berkomunikasi bagi melihat
wajah dan mendengar suara ahli keluarga yang jauh bagi melepaskan
kerinduan. Tambahan pula, gajet telefon sekarang seperti ipad dan
telefon pintar lain boleh diaplikasi sebagai akses kemudahan internet
dan ini mempermudah komunikasi antara masyarakat berlaku dengan mudah.
Tuntasnya, penggunaan internet amat bermanfaat dalam kalangan masyarakat
untuk mereka berkomunikasi jarak jauh.
Negara kita sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju,
justeru Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa meningkatkan mutu
pendidikan negara dengan dengan memperkenal pelbagai kemudahan seperti
Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memudahkan ibu bapa
melihat keputusan anak mereka diinternet sama ada untuk mengetahui
keputusan ujian bulanan dan peperiksaan. Melalui capaian internet ini
ibu bapa akan mudah mendapat keputusan peperiksaan anak secara cepat dan
berkesan. Seterusnya, ibu bapa boleh membuat langkah susulan bertemu
dengan para pendidik di sekolah untuk mengetahui keputusan anak mereka
dengan lebuh lanjut. Selain itu program pengajaran dan pembelajaran
secara maya sedang diaplikasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
memudahkan guru dan pelajar untuk berinteraksi melaui capaian internet.
Sistem berkenaan yang dikenali sebagai Frog Vle merupakan satu
sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia
pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan
konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi
tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar
dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa
boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah
boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah
melalui Internet. Justeru, pembelajaran kini boleh berlaku di mana-mana
sahaja dan sudah pasti pembelajaran secara berterusan akan memantapkan
lagi prestasi pelajaran dan anak-anak akan lebih tertarik belajar secara
interaktif. Malahan ibu bapa juga mampu mengetahui prestasi
pembelajaran anak mereka sebagai sokongan Sistem Aplikasi Peperiksaan
Sekolah (SAPS) yang diguna pakai sekarang. Tegasnya, Kementerian
Pelajaran Malaysia kini berusaha membuat Transformasi Pendidikan Negara
ke araf pendidikan bertaraf dunia agar pendidikan negara kita boleh
duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan negara maju di
dunia.
Akhirnya, sebagai pelajar berminda kelas pertama saya ingin menggunakan kata kunci bahan-bahan bloger di internet yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata pelajaran mampu memperkasakan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran terutama pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam. Hal ini terbukti apabila guru-guru yang bertanggungjawab, berdedikasi berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. Bukan itu sahaja, guru-guru berkenaan juga membuka ruang kepada pelajar untuk berinterksi di lamam web seperti bmspmet, mohdramsul.blogspot, mohdrazak.bogspot, dan sebagainya dengan aplikasi chatrool, face book, dan pelbagai aplikasi lain agar pelajar boleh sentiasa berhubung, sama ada untuk bertanya hal berkaitan kemahiran yang sukar pelajar kuasai. Malangnya, pelajar tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan yang ada untuk tujuan penguasaan terhadap kemahiran berkenaan. Tambahan pula, guru-guru pakar berkenaan tidak mengenakan bayaran kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam penguasaan kemhiran tatabahasa, komsas, dan penulisan karangan. Usaha tangga kejayaan, setiap usaha akan ada balasannya, begiutlah ungkapan pepatah Melayu yang membawa maksud sekiranya pelajar berusaha apa sahaja yang mereka usahakan, akhirnya mereka akan menerima hasilnya. Justeru, terbukti internet banyak memberikan kebaikan kepada peajar terutamapelajar yang bijak menggunakan aplikasi ini untuk tujuan meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran.
Akhirnya, sebagai pelajar berminda kelas pertama saya ingin menggunakan kata kunci bahan-bahan bloger di internet yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata pelajaran mampu memperkasakan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran terutama pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam. Hal ini terbukti apabila guru-guru yang bertanggungjawab, berdedikasi berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. Bukan itu sahaja, guru-guru berkenaan juga membuka ruang kepada pelajar untuk berinterksi di lamam web seperti bmspmet, mohdramsul.blogspot, mohdrazak.bogspot, dan sebagainya dengan aplikasi chatrool, face book, dan pelbagai aplikasi lain agar pelajar boleh sentiasa berhubung, sama ada untuk bertanya hal berkaitan kemahiran yang sukar pelajar kuasai. Malangnya, pelajar tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan yang ada untuk tujuan penguasaan terhadap kemahiran berkenaan. Tambahan pula, guru-guru pakar berkenaan tidak mengenakan bayaran kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam penguasaan kemhiran tatabahasa, komsas, dan penulisan karangan. Usaha tangga kejayaan, setiap usaha akan ada balasannya, begiutlah ungkapan pepatah Melayu yang membawa maksud sekiranya pelajar berusaha apa sahaja yang mereka usahakan, akhirnya mereka akan menerima hasilnya. Justeru, terbukti internet banyak memberikan kebaikan kepada peajar terutamapelajar yang bijak menggunakan aplikasi ini untuk tujuan meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran.
Kesimpulannya,
penggunaan internet mendatangkan pelbagai manfaat berguna
kepada masyarakat. Oleh itu, masyarakat di negara kita perlu
memanfaatkan penggunaan internet kerana melalui penggunaan
internet segala maklumat berada di hujung jari anda. Apa
yang pasti, internet mampu memberikan seribu satu macam kemudahan
kepada pengguna jika digunakan sebaiknya. Dalam era serba moden ini,
penggunaan internet seakan tidak dapat dipisahkan lagi dengan kemajuan
negara sekarang. Jadi, pihak kerajaan perlu mendidik masyarakat
menggunakan internet bagi melahirkan generasi celik IT sekaligus
setanding dengan masyarakat negara maju lain seperti Jepun demi mencapai
wawasan 2020. Selain itu, ibu bapa juga tidak ketinggalan perlu
mendidik anak-anak mempelajari internet di rumah kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Akhirul kalam, tidak dapat dinafikan bahawa kemudahan internet di rumah memberi pelbagai faedah kepada kita.
mohon izin ambil maklumat di atas sebagai isi dalam kerja kursus...terima kasih
ReplyDeletemohon izin ambil maklumat di atas sebagai isi dalam kerja kursus...terima kasih
ReplyDeleteMinta izin ambil maklumat-maklumat ini sebagai contoh karangan ye :)
ReplyDeleteMinta izin ambil maklumat utk hw saya ye :)
ReplyDeletemintak izin ke tandas ye........
ReplyDeletesaye guna untuk salim ok...
ReplyDeletebende ko wan xD
Deletesaya mulut lebar muhammad azman bin syazwan
ReplyDeletesaya azruldin atan.saya suka main takraw
ReplyDeleteatan below ke?
Deletekebodohan abadi
Deletejedin suka kimi
ReplyDeletejedin love hakimie
ReplyDeletekimie <3 jedin
ReplyDeletehasif buat
ReplyDeletejedin sayang kimi
ReplyDeletehaziq hensem
ReplyDeleteDANIEL <3 TRIM
ReplyDeletehaiy buat
ReplyDeleteSaya sayang sangat dekat budak yang bernama husin hakimie, sebelum tu nk cakap sikit, nama saya zulhaziq... love u so much husin ��
ReplyDeletemelayu palat
DeleteKo gay ke ape budak ? nabi tk mengaku umat la bangang
ReplyDeletehasif buat
ReplyDeletemohon izin pinjam untuk jadikan artikel dalam kerja kursus bahasa melayu di mrsm
ReplyDeletetahniah perkongsian yang baik.teruskan
ReplyDeleteMinx izin copy karangan untuk hw
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete